Friday 27 April 2012

Syukran para manusia sekalian :)

Assalamualaikum..

Lama juga kan, Suha tak tulis dalam blog ini..
Sebab masa tu Suha malas sangat nak menaip ini semua, sekarang baru Suha rajin sedikit :)
Ok, entri ini Suha nak tujukan kepada sesiapa sahaja yang terasa dia termasuk dalam entri ini..

Manusia 1 :
Assalamualaikum untuk awak. K, saya tak faham lah kan, kenapa awak benci saya sangat-sangat? Maaf, saya tahu bila orang lain atau sesiapa sahaja yang tanya awak kenapa tak kawan saya? kenapa dah jauh dari saya? Mesti awak jawab sebab ada satu hari tu saya BADMOOD dan tak layan awak dan kawan-kawan awak. Adakah sebab masalah yang kecil itu pun awak nak benci saya sampai ke hari ini? Awak, saya sedar saya tak se-popular awak itu. Awak kan pandai, cantik.. Anak Cikgu KAUNSELING pulak tu. Awak kan, kalau nak perli saya, hina saya pun, agak-agak lah. Saya terima semua itu. Tapi, awak memang tak boleh ke nak faham perasaan orang lain? Cuba kalau orang buat awak macam itu, mesti awak rasa SAKIT HATI sangat-sangat. Saya tak berani dan tak pernah pun balas balik apa yang awak dah buat terhadap saya. Tidak mengapa awak, saya terima. Mungkin ini semua salah saya :) . ALLAH yang mengetahui segalanya. ALLAH itu maha adil awak. Dia tahu mana betul dan mana salah. Aminnn, semoga awak dan kawan-kawan awak hidup bahagia hingga JANNAH. 
Kasar sangat ke? Maaf ya. Itu sahaja yang mampu saya balas untuk awak.
Mulut saya bukan seperti mulut ULAR yang sangat BISA dan senang mengguris perasaan orang lain.
Maaf sekali lagi..


No comments:

Post a Comment